Thursday, November 15, 2012

MUTIARA KATA DARI USTAZ AZHAR IDRUS

Assalammualaikum....entry hari nie Hafiez nk share....
Share apa yea???
Share mutiara kata dari ustaz Azhar Idrus....
siapa 2??? x kenal lah...
Ustaz Azhar lah....yg suka buat lawak bila ceramah 2....
awk nie memang ketinggalan betul lah....
sekarang nie kan ade series Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus...
bg pelajar UMP, leh download kat sharing yea...
semua tahu kot bila sebut tentang ustaz Azhar Idrus....
hhhmmm.....

Jom baca, kalau nk share pon boleh, nk comment lagi lah
dialu-alukan....



Jangan hanya melihat KEBURUKAN ORANG,
kerana SEBURUK-BURUKNYA dia,
ada 1001 KEBAIKAN yang kamu tidak pernah lihat :)

Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki"
Tapi perempuan yang baik akan membuka "hati lelaki"
Pilihlah nak jadi cantik atau baik ? :)

‎"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"
Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah

Satu suap rezeki yang halal masuk ke dalam mulut isteri kita
sama macam kita bagi satu sedekah kat fakir miskin.

Kena ingat bila menjadi suami atau isteri,
kedua-duanya ada tanggungjawab
yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.

Sayangi isteri kamu walau seburuk mana pun perangai mereka.
Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami.

Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli.
Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri.

Masih bernyawa adalah nikmat yang luar biasa.
Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya.

Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal
maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan

Hukum mesej dengan bukan mahram harus bila benda mustahak,
makruh bila benda lagha,
haram bila timbul nafsu syahwat.

Semua lelaki adalah sama kacak,
namun yang paling kacak di antara mereka
ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.

Jangan terlalu sombong
kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.

Bimbinglah isterimu dgn penuh kasih sayang,
didiklah mereka mnjadi wanita solehah
kerana mereka bakal mnjadi kekasih syurgamu.
Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan
segala dosa dari isterinya setiap hari sebelum tidur.

Kita janganlah taksub sangat dengan artis.
Haram jadinya kalau kita terlampau taksub dan memuja mereka

Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk.
Oleh itu siapa yang kencing berdiri,
perbuatannya makruh tapi tak berdosa.

Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama.
Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.

Boleh buat ayat quran jadikan ringtone
tapi jangan bunyikan dalam tandas
dan jangan matikn ringtone melainkan penghujung ayat

Tengok kat stadium berapa ribu org boleh pergi itu pun bertiket.
Tgk kat masjid berapa puluh org pergi itu pun percuma.

Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.


Ok lah sampai disini sahaja...best kan kata2 ustaz Azhar....
hehehe....
wassalam....moga kita dapat saham bila membacanya....

3 comments: