Monday, February 25, 2013

ISLAMIC COUPLE !!!

Assalammualaikum semua....
terdetik pula hari nie nak update post...
mungkin kerana dengar bibit2 kisah cinta semalam kot...
wow menarik nie...
ada ke couple islamic???
semuanya bermula pada hati juga...
memang hati ini adalah raja segala organ...
kalau kita tak mampu mengawalnya, 
semua yg salah tetap akan kita kata benar...
jom view terus tentang kisah couple islamic....


Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..

inilah sebabnya kenapa tiada couple islamic dalam islam...
kalau Allah janji kan syurga buat manusia, kerana apa???
kerana manusia pandai mengawal hati dan nafsunya...
kerana sabar dan yakin itu lah jodohnya...
"kalau dah jodoh takkan kemana"
peringatan untuk diri Hafiez juga...
yg baik datangnya dari Allah, yg buruk datangnya dari diri ini...
Wassalam dan moga mendapat intipati yg berguna...

17 comments:

  1. Satu pengisian yg baik. Islam mempersempit yg Haram, tapi memperluaskan yg halal..

    ReplyDelete
  2. betul tu Eri...yg haram tetap haram walaupun caranya diubah sekalipun...yg halal tetap halal...

    ReplyDelete
  3. benarlah, yg haram tetap lah haram :)
    jmovie atau jdrama

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..perkongsian menarik..matlamat tidak menghalalkan cara..semoga beristiqomah pada jalan dakwah.. :)

    ReplyDelete
  5. Pengkongsian yang sangat menarik dan membuat peringatan kepada diri saya juga. I LOVE ISLAM ..

    ReplyDelete
  6. segalanya bermula dari hati....
    baik atau tidak,kita yg terajui sendiri....
    pilih yg baik,pasti indah....(:

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,satu perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  8. sesuatu yang amat menarik bagi sy :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat..dengan setiap pembelian BB Plus Collagen,anda berpeluang utk dapat duit raya...waaahhhh...jom2 check my blog yeaahh

    http://farihaabdul.blogspot.com/2013/05/gift-waaahhhh-hhadiah-and-duit-raya.html

    ReplyDelete
  10. post ni buat itum terpikir sekejap . thanks ingatkann . :) insyaAllah, suatu hari nanti bila tiba masenyee, sekarang belajar dulu ;)

    ReplyDelete
  11. nice blogg...follow kita jugak ye...tq...nanasecretbook.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    ReplyDelete
  13. nice
    jom follow my blog
    http://underwateredition.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya Islam tiada istilah couple... lebih baik nikah.. Gelaran Suami Isteri lagi sweet

    chêguzαm

    ReplyDelete
  16. your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.

    ReplyDelete