Friday, December 7, 2012

KEBENARAN AL-QURAN DI PUNCAK EVEREST


Bukti Kebenaran Al Quran Di Puncak Everest

Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut . 

Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .

Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88

” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “ 

Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !

Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?

Tuesday, December 4, 2012

"Maafkan Kami Gaza & Syria" FROM UAI


FULL Puisi Dari Ustaz Azhar Idrus.
"Maafkan Kami Gaza & Syria"


Derita kita
Derita kita menanti..majunya negara
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan
Derita kita belum dapat bantuan subsidi
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa

Derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada Ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
Mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
Itulah derita para ibu di bumi Gaza..

Para ibu di negara kita..
Derita belum sempat membeli gelang baru
Belum sempat membeli rantai baru
Belum sempat menempah siap pakaian baru
Samakah kita dengan mereka???

Bumi gaza...2012..
Menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion..

Wahai Gaza..
Kami saudara kamu
Seagama dengan mu
Kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
Kami memohon ampun kepada mu wahai gaza

Kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan

Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
Kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
Mohon kemaafan banyak-banyak
Kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-isteri mu jatuh
Titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci

Wahai Gaza
Walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
Terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para Syuhadamu

Wahai Syria
Walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
Terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasda kamu Melawan segala yang jadi musuh Allah

Wahai Gaza
Wahai Palestin
Wahai Syria
maafkan kami
Terima lah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu.

Saturday, December 1, 2012

AKIBAT SOMBONG PADA ALLAH

Akibat Sombong Dan Angkuh dengan ALLAH SWT !

✦ Orang yang membina kapal Titanic ditanya, Sejauh manakah selamatnya kapal Titanic ini? Dengan nada yang egois, dia berkata “Tidak ada Tuhan yang boleh tenggelamkan kapal ini”
& Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Titanic!

✦ Presiden Brazil Tancredo Neves semasa kempen pilihan raya berkata beliau mendapat 500,000 undi daripada parti itu dan berkata tidak ada Tuhan yang boleh menjauhkannya dari jawatan presiden.
Beliau mendapat undi tetapi dia jatuh sakit dan meninggal dunia sehari sebelum menjadi presiden!

✦ Cazuza, penyanyi Brazil & penyair, semasa persembahan beliau merokok dan menghembuskan asap rokok tersebut sambil berkata ”Tuhan ini untuk anda”
Beliau meninggal dunia pada usia 32 akibat Kanser paru-paru dengan cara yang mengerikan!

Dalam surah (Al-Isra' 17:37) ALLAH SWT berfirman :-

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung..