Monday, February 25, 2013

ISLAMIC COUPLE !!!

Assalammualaikum semua....
terdetik pula hari nie nak update post...
mungkin kerana dengar bibit2 kisah cinta semalam kot...
wow menarik nie...
ada ke couple islamic???
semuanya bermula pada hati juga...
memang hati ini adalah raja segala organ...
kalau kita tak mampu mengawalnya, 
semua yg salah tetap akan kita kata benar...
jom view terus tentang kisah couple islamic....


Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..

inilah sebabnya kenapa tiada couple islamic dalam islam...
kalau Allah janji kan syurga buat manusia, kerana apa???
kerana manusia pandai mengawal hati dan nafsunya...
kerana sabar dan yakin itu lah jodohnya...
"kalau dah jodoh takkan kemana"
peringatan untuk diri Hafiez juga...
yg baik datangnya dari Allah, yg buruk datangnya dari diri ini...
Wassalam dan moga mendapat intipati yg berguna...

Monday, February 11, 2013

Siapa kata ENGINEER tak boleh menjahit?

Assalammualaikum semua warga laman maya...
Hafiez terpanggil untuk update blog selepas sekian lama menyepi...
hahaha...nak tahu tak segment kita hari ini???
segment kita ialah Engineer pun pandai menjahit..
Hari ini Hafiez nak tunjuk contoh jahitan cadar sahaja...
cadar untuk katil bujang, kalau yang katil kelamin pun boleh...
tapi segment hari ini khas untuk katil bujang...
hahahaaa...jom...

jeng jeng jeng...hahaa...
ini cadar masa sem 3.. Hafiez sendiri yang jahit...
kenapa hijau?? my favorite colour...
x susah pun sebenarnya nak jahit benda nie...
as simple as you can do...
lain lah kalau nak cantik lagi...
boleh je jahit renda ke?? 
corak macam2 ke???
senang jer...
apa kelebihan jahit macam nie??
mari sini Hafiez nak cerita...


antara kelebihan cadar macam nie??
kita tak perlu untuk kemasnya, sebab dah fixed..
sarung bantal dan tilam juga pakai zip...
so easy nak guna dan tanggal..
tak mudah terburai atau tercabut...
senang kan??
ada lagi special sebenarnya...
kejap lagi Hafiez cerita..
kalau dekat kedai, kadang2 cadar terlalu besar
lepas tu kalau basuh cepat lusuh..
kan senang kalau buat sendiri...

 hahaa...nie cadar untuk sem 4...
tengok kemas kan??
kalau pandai menjahit, style apa pun boleh jadi...
Macam yang Hafiez kata tadi,
senang nak pakai, senang nak cabut...
siapa kata engineer tak pandai menjahit??
yang wanita x tercabar ke???
hehehee, gurau jer...
sekarang nie, semua kerja wanita, lelaki pun boleh buat...
memasak, menjahit, menganyam, dan pelbagai lagi....


tadi Hafiez ada cakap, ada satu special tentang cadar nie...
kalau cadar kat kedai, dia tak boleh terbalikkan
sebab hanya ada satu lapisan di atas...
tapi cadar nie ada 2 lapisan, diatas dan dibawah...
kalau rasa dah bosan...
tak susah pun, terbalik je kan tilam tu...
baru lah nampak cantik dan selesa sikit...
siapa nak bilik x kemas kan??
hahaa...


haaa...ini lah jadinya, kalau kita terbalikkan tilam...
nice kan?? 
masa nak jahit pilih je kain mana kita nak...
yang nie Hafiez ambil je kain dekat rumah tu
nak buat base dia...
hahaa...
simple and easy to use..
kalau dekat kedai tak boleh nya nak buat cam nie??
siapa yang tahu menjahit, boleh lah cuba yea...



Hafiez pun bukan pandai menjahit sangat...
itu pun mak yang rajin mengajar...
syukur sangat..tak payah nak beli-beli..
buat sendiri je...
setakat menjahit langsir, cadar dan benda lain tu boleh lah,but satu benda je hafiez tak pandai, jahit baju...mak Hafiez reti lah...hahaa...
boleh je, kalau belajar, cuma malas jer..

hhhmmm sampai sini sajalah segment kita hari ini...
kalau rajin next-next segment kita buat langsir pula...
lagi-lagi tuk raya tahun nie kan...hahaa...
puasa pun belum...hahahaa...
kalau ada nak tanya atau nak bagi pendapat...
boleh comment yea...
semoga anda semua happy dan dapat sedikit info...
Wassalam, berjumpa di segment yang lain pula...