Thursday, October 25, 2012

~~KISAH MENARIK AIDILADHA~~

~~KISAH MENARIK AIDILADHA~~

Assalammualaikum semua....Selamat beramal.....
Hari nie, Hafiez nk cerita tentag kisah menarik sempena Raya Aidiladha tahun nie....
Hafiez bangga sangat dengan pemuda nie...
semoga hajinya diterima ALLAH...
Semoga anda semua terhibur....
Hafiez nk ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua...
Jangan lupa esok solat sunat aidiladha dan solat jumaat....

 PEMUDA BERJALAN KAKI MENUNAIKAN HAJI


*berumur 47 tahun
*merentasi 7 buah negara..termasuk syria yang sedang berperang
*berjalan start dari bulan 12 tahun lepas
*berjalan dalam jarak 5700 KM, dalam tempoh 314 hari..
*memikul beg seberat 20 kilogram
*ditahanan oleh presiden bashar al-assad's dan diarah kan untuk kosongkan beg..tapi dilepas kan selepas menunjukkan al quran dan tujuan dia berjalan kaki
*tiba di mekah pada hari sabtu baru ni

Sarajevo – Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari.

Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.


“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

Alhamdulillah....Hafiez betul2 respect dan kagum dengan pemuda nie....SELAMAT HARI RAYA HAJI...

2 comments:

  1. salam perkenalan dari blogger beritaMY..saya dh jadi follower terbaru blog anda.jika tidak keberatan perlukan kunjungan balas..hehe

    artikel terbaru Saya akan saman orang yang bogelkan saya-RCW

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikummussalam....thank for the view my blog.....ok i will follw you...nice to met you...

      Delete